LAPORAN KONVOI KANCIL OWNER CLUB CHERATING PAHANG
Pada 30 dan 31 Oktober 2010 Kancil Owner Club telah mengadakan satu konvoi ke Cherating Pahang , dan ini merupakan Konvoi KOC yang terakhir untuk Tahun 2010.
Konvoi ini disertai oleh ahli dan bukan ahli Kancil Owner Club. Terlebih dahulu ahli dan bukan ahli KOC dari Melaka,Selangor dan Kuala Lumpur yang mengikuti konvoi ini dikehendaki berkumpul di Stesyen Petronas Gombak , ianya bertujuan untuk memudahkan perjalanan dan keselamatan ahli dan bukan ahli kelab yang mengikuti Konvoi. Sebanyak 11 buah kereta dari ahli dan 3 buah kereta bukan ahli bergerak ke Cherating tepat jam 8.00 malam dan tiba di Kuantan jam 12 tengah malam.
Di Kuantan ahli KOC bertemu dengan ahli KOC Kuantan yang akan ikut serta dalam konvoi kali ini dan meneruskan perjalanan ke Cherating .Pihak KOC telah menyediakan dua buah rumah penginapan untuk ahli dan bukan ahli Kelab berehat. Di Cherating ahli KOC dari Temerloh ikut serta dalam Konvoi ini
Pihak KOC telah menyediakan beberapa aktiviti untuk semua ahli KOC dan Keluarga diantara aktiviti yang diadakan ialah acara sukaneka dimana ianya disertai oleh ahli , bukan ahli serta ahli keluarga KOC acara sukaneka yang diadakan ialah cari gula-gula dalam tepung ,bawa bola ping pong dalam sudu dan bola pantai dan ianya diadakan secara berkumpulan, dan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan RV4, Turbo Standard dan L2s dan ianya dimenangi oleh Kumpulan RV4 tempat pertama Turbo standard tempat kedua dan L2s tempat ketiga. Selain itu juga pihak KOC mengadakan BBQ yang disediakan oleh ahli dan keluarga KOC. Tujuan utama aktiviti diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli dan bukan ahli serta keluarga KOC yang ikut serta dalam Konvoi kali ini. Selain acara sukaneka , acara bermandi manda juga menjadi agenda utama aktiviti Konvoi ini.
Selesai aktiviti sukaneka dan aktiviti mandi manda satu sesi Photoshoot turut diadakan untuk ahli dan bukan ahli KOC serta sesi bergambar KOC bersama Keluarga. Setelah selesai semua aktiviti yang dirancangkan dan membersihkan kawasan yang telah digunakan Peserta Konvoi meneruskan aktiviti ke Teluk Cempedak.
Tiba di Teluk Cempedak jam 7.30 malam . Peserta konvoi diberi aktiviti bebas bersama keluarga, Tepat jam 8.00 malam peserta konvoi bergerak keluar dari Teluk Cempedak peserta konvoi berhenti untuk makan malam di ??????? dan makan malam kali ini ditaja oleh KOC .Jam 12 tengah malam peserta konvoi bergerak untuk balik ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kereta pengasas KOC en. Dzul Rani telah mengalami kerosakan di lebuhraya Gambang Karak , terima kasih kepada marshall 009 dan 108 yang bertugas kerana membantu .
Terima kasih juga kepada semua ahli dan bukan ahli KOC yang menjayakan Konvoi KOC yang terakhir untuk tahun 2010 dan diharapkan ianya dapat memberi kepuasan pada semua yang mengikuti konvoi untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment